Saturday, April 25, 2009

LAMBAIAN KAABAH

Awal tahun 2009 ibu ada beritahu Aweesh, abah nak bawa Aweesh ke Mekah. Aweesh rasa macam tak percaya je. Tapi hari-hari Aweesh akan tanya ibu bila aweesh nak tengok kaabah betul-betul. Ibu kata kena sabar, tak lama lagi.
Masa yang Aweesh tunggu-tunggu pun sampai. 1/04/09 Aweesh sekeluarga pun ke airport kerana flight Aweesh jam 3.30 pagi 2hb. Pada awal nya Aweesh ngantuk. Lepas lelap 2 jam, mata Aweesh segar balik. Maklumlah Aweesh pun dah lama tak naik kapal terbang. Last sekali naik masa ke Langkawi trip ofis abah tahun 2005. Aweesh naik Qatar Airway dan transit di Doha selama 6 jam. Kemudian sambung ke Jeddah juga dengan Qatar Airway. Sampai di Jeddah Aweesh sambung naik bas ke Madinah selama 5 jam lagi. Selepas lebeh 25 jam perjalanan barulah Aweesh dapat check-in di hotel Al-Firdous Madinah. Itu pun masa tu dah jam 12 tgh malam di Madinah. Pagi esok dah nak bangun nak Ziarah Makam Nabi jam 4 pagi.
Gambar Aweesh bersama keluarga dari kiri Mak Tok, Ibu, Tok Wan, Along Haziq, Angah Qayyiem. Depan Kakak Nasreen dan Aweesh di hadapan Masjid Nabawi. Abah tidak kelihatan kerana dia yang ambil gambar.

Gambar Aweesh di dalam masjid Nabawi. Abah kata suasana dalaman masjid Nabawi macam dalam Masjid di Cordova Sepanyol. Entah Aweesh pun tak tahu. Harap satu hari nanti Aweesh dapat pergi ke Sepanyol pula.
Di dalam masjid Nabawi Aweesh juga tekun membaca Al Quran macam jemaah yang lain juga. Rasanya aktibiti-aktibiti yang di lakukan di sini akan lebih kusyuk. Lagi pun ustaz kata 1 kebaikan di sini berlipat ganda sebanyak 1,ooo kali di tempat lain. Aweesh juga gembira kerana abah telah membawa Aweesh menjejaki kaki ke karpet RAUDAH. Warna karpetnya hijau. Raudah sebenarnya adalah tapak kawasan binaan masjid semasa di zaman Nabi. Nabi kata Raudah adalah salah satu daripada taman-taman syurga. Abah, Along, Angah dan Tok Wan dapatlah solat di Raudah. Itu pun datang lepas jam 12 tgh malam. Ramainya orang.

Antara aktibiti yang di sediakan oleh agen perlancongan adalah aktibiti ziarah luar iaitu melawat tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah.Masjid Quba' merupakan lokasi lawatan Aweesh. Masjid ini adalah masjid yang pertama di bina oleh Nabi ketika Baginda mula-mula sampai ke Madinah semasa HIJRAH. Nabi bersabda, barang siapa yang pergi ke masjid Quba' dari rumah (tempat tinggalnya) dalam keadaan berwuduk dan mendirikan sembahyang sunat 2 rakaat, maka pahalanya sama dengan pahala mengerjakan 1 umrah. Jadi pada hari itu dapatlah Aweesh pahala 1 umrah...insyaAllah.



Gambar kiri- Aweesh di dalam Masjid Quba'.




Aweesh juga sempat berkunjung ke Bukit Uhud yang mahsyur itu. Gambar kanan - Berlatar belakangkan Bukit Uhud. Di sini berlakunya peperangan Uhud diantara tentera Islam 700 orang dengan tentera kafir Mekah seramai 3,000 orang. Pada perang tersebut Nabi telah mengarahkan 50 orang para sahabat untuk berada di atas bukit memanah (berhadapan bukit Uhud) dan jangan sekali-kali turun walaupun apa yang akan terjadi di bawah. Pada mulanya tentera Islam menang dan tentera kafir lari. Melihatkan tentera kafir lari, sahabat yang duduk di atas bukit turun untuk mengutip harta perang. Tentera kafir pun berpatah balik dan berlakulah pertempuran yang sungguh hebat. 70 orang sahabat telah gugur syahid termasuklah Saidina Hamzah bapa saudara Nabi. Begitulah akibatnya kalau tak ikut cakap Nabi. Itulah pengajarannya.
Gambar kanan-Aweesh di atas bukit pemanah. Sekarang bukit tu dah jadi tempat orang jual aneka barang. Gambar bawah-Aweesh di ladang khurma. Pokok khurma macam pokok kelapa sawit di Malaysia. Dikatakan Nabi suka makan khurma Ajwa'. Sekilo harganya 60-100 riyal bergantung pada saiznya. Pokok khurma Ajwa' rendah-rendah belaka. Mungkin bayangan sifat Nabi yang sangat merendah diri.









Gambar kanan- Aweesh di Masjid dua kiblat. Di sinilah di katakan bahawa sedang Nabi solat Zohor menghadap ke Baitul Muqaddis pada rakaat yang kedua turun wahyu Allah agar Nabi menghadapkan muka ke Baitullah. Terus Nabi pun menukar arah kiblat.
Setelah 3 malam berada di bumi Madinah Al-Munawarah, tibalah masanya Aweesh harus berangkat ke Mekah untuk menunaikan acara kemuncak iaitu UMRAH. Sedih rasanya meninggalkan bumi nabi ini, namun apakan daya Aweesh harus pergi jua dengan harapan Aweesh akan datang lagi ke sini untuk menziarah Nabi Muhammad S.A.W.
Dari Madinah ke Mekah mengambil masa 6jam menaiki bas. Aweesh singgah di Bir Ali untuk MIQAT umrah iaitu kira-kira 30 minit selepas bertolak dari Madinah. Aweesh sampai di Mekah jam 9 malam dan terus makan serta hantar barang masuk ke bilik. Lepas tu Aweesh terus ke Masjidil Haram untuk melakukan Umrah. Itulah pertama kali Aweesh lihat KAABAH yang biasanya Aweesh lihat didalam tv atau gambar sahaja. Aweesh rasa macam tak percaya tapi itulah realitinya. Aweesh kerjakan tawaf 7 pusingan, Saie 7 kali ulang alik Safar dan Marwah dan selepas itu Aweesh, Abah, Along, Angah dan Tokwan terus ke kedai gunting untuk bercukur. Botaklah kepala kami pada malam itu. Kami pun berdoa agar dosa kami diampunkan Allah sebanyak mana rambut kami di cukur(maksudnya semua la tu)....InsyaAllah.








Dua gambar Aweesh yang berlatarkan Kaabah. Lihat kepala Aweesh botak selepas bercukur. Nabi kata 1 kali solat kat sini ganjarannya sama dengan solat 100,000 kali solat. Banyaknya.......Itulah antara sebab, mengapa manusia berpusu-pusu nak pergi Mekah.Terutama pada bulan puasa. Ganjarannya lagi berganda-ganda dalam bulan Ramadhan.

Gambar kiri-Berehat sekejap semasa mengerjakan saie. Perkara yang paling Aweesh suka semasa saie ialah berlari-lari anak diantara lampu hijau. Ianya hanya di sunatkan untuk kaum lelaki sahaja. Biasanya semasa lari tu Aweeshlah yang dapat no.1. Sebab Aweesh pecut macam 100 meter. Along dan Angah pun surender. Dah habis lari, Aweesh tunggu Maktok, Ibu dan kakak, sebab dia orang tak boleh lari.

Gambar kanan- Aweesh, Angah dan Along bergambar di sebuah pusat beli-belah di Mekah. Di sini kepala botak adalah biasa. Tiada apa yang special. Kebanyakan orang berkeadaan begitu. Di belakang tu Tokwan. Mungkin sedang mencari sepasang jubah arab untuk nak di hadiahkan pada Maktok. Hehehe.... jangan marah Tokwan Aweesh gurau aje.

Aweesh di atas Jabal(bukit) Rahmah. Dikatakan di sini Adam dan Hawa bertemu semula selepas di buang dari syurga ke dunia. Adam di buang ke Sri Lanka sementara Hawa ke Jeddah. Selepas 500 tahun mencari mereka bertemu di sini. Sebab itu dikatakan di sini baik untuk mereka-mereka yang inginkan cepat jodoh berdoa. Aweesh berdoa lain kat sini sebab Aweesh tak mahu kahwin lagi. Bagi yang ingin nak tambah KUOTA pun boleh berdoa di sini. Agak-agaknya sebab tu lah Tokwan gagah ikut kami panjat bukit kut....nak tambah kuota kut. Sekali lagi Tokwan jangan marah. Gurau aje.

Jabal Rahmah ni terletak dalam kawasan Padang Arafah. Kalau musim haji di sinilah kawasan orang berwukuf. Di kaki Jabal Rahmah terkenal dengan kawasan naiki unta. Cantik-cantik unta di hias. Sekali naik 5 riyal je. Aweesh dan kakak tak lepas peluang nak merasa bagaimana Nabi zaman dahulu menaiki unta di tengah padang pasir. Agak menakutkan semasa unta tu nak berdiri dan semasa nak duduk. Macam atas kapal TITANIC yang nak tenggelam.....terhoyong hayang.

Gambar atas-Berlatar belakangkan Jabal Thur. Di atas Jabal Thur ini terdapat sebuah gua di mana Nabi bersembunyi melarikan diri dari kafir Mekah semasa hijrah dari Madinah ke Mekah. Jika nak naik ke atas ambil masa 2 jam dan turun pun 2 jam.
Gambar kiri- Semasa di Masjid Ja'ranah. Salah satu tempat MIQAT umrah. Ja'ranah agak jauh dari Mekah berbanding Miqat di TANA"IM.

Di Mekah juga, selain melaksanakan ibadat Aweesh sempat juga mendapat kawan baru. Di kawasan burung merpati itu, kami sempat bertanya kabar, tapi macam ayam dengan itik. Tak silap Aweesh dia ada kata, dia orang TURKI ke orang MESIR. Masa kami sama-sama mengejar burung merpati tu, terlupa pula Aweesh nak minta alamatnya atau no. hand phonenya. Untuk kawan baru Aweesh ni, kalau dia ada baca blog Aweesh ni, mari lah kita sembang-sembang ya.
Tiada apa yang istemewanya gambar di atas ni. Cuma Abah terlihat nama aruah AKI di satu kedai di Mekah. MANSOOR... Lalu di abadikan dalam gambar ini.
Sehari sebelum pulang ke Malaysia, Aweesh sempat di bawa melawat ke Ladang Unta di Hudaibiah. Mungkin ada yang masih ingat tentang peristiwa perjanjian Hudaibiah. Kaum Badui adalah merupakan golongan yang ramai menternak unta di kawasan ini. Ingatkah kita kepada Bilal bin Rabbah, salah seorang dari sahabat Nabi yang berkulit hitam dari kaum Badui yang Nabi jamin masuk syurga. Aweesh berharap sama-sama lah kita mengkaji sejarah islam untuk kita lebih menghayatinya bila kita berada di tanah suci.

Tiba lah masa nya tanggal 13.4.09 Aweesh harus berangkat meninggalkan Tanah Suci Mekah.Dengan rasa sedih selepas menunaikan TAWAF WIDA' (tawaf selamat tinggal) dengan berat hati Aweesh tinggalkan Kaabah dengan 1001 kenangan. Sayu hati Aweesh terpaksa pergi jua. Aweesh tanya pada Ibu bila lagi kita nak datang mekah... dengan linangan airmata Ibu kata tanamkan dan sematkan dalam hati cita-cita untuk datang lagi... insyaAllah dengan izin Allah kita akan sampai lagi nanti. INSYAALLAH. LABAIKALLAH HUMMALABAIK LABAIKALASARI KALAKALA BAIK INNALHAMDA WALNIKMATA LAKAWALMULK LAASARIKALALK .................
SELAMAT DATANG KE BLOG DARWEESH AHMAD NAZRI