Monday, March 16, 2009

MY Name is Darweesh....


Monday, March 9, 2009

Pak Ngah Fadzli Kahwin

Ahad lepas 8mac09 Aweesh ke Skudai Johor untuk meraikan perkahwinan Pak Ngah Fadzli. Isteri Pak Ngah orang Seelong Senai Johor. 3 minggu lagi barulah kenduri di Ipoh Perak pula.

Misteri...........

Pagi tadi (9mac09) aweesh pergi periksa sarang burung depan rumah aweesh tu. 2 hari aweesh ke Johor kerana kenduri Pak ngah Fadzli dan malam tadi baru sampai. Tengok-tengok 2 biji telor tu dah tak ada. rasa nak keluar air mata aweesh. aweesh cuba cari-cari kat tanah kalau-kalau jatuh ke. Tapi tak ada. Sedih aweesh sebab tak dapat nak tengok anak burung tu. Tak tahu lah aweesh, entah dah menetas dan mak dia dah bawa pindah ke tempat lain. Tapi tak nampak pula kulit2 telor yang menunjukkan ianya dah menetas. Mungkin belum menetas, tapi mak dia dah bawa telor tu ke tempat lain. tapi nak pindah macam mana. Mak dia bukan ada tangan macam aweesh nak bawa telor tu. Tak tahu lah aweesh. Dah jenuh aweesh memikirkannya. Mungkin juga ada binatang lain yang makan telor tu kut.... Entahlah....Punahlah harapan aweesh untuk nak lihat anak burung tu membesar dan bermain dengan mereka.

Thursday, March 5, 2009

Sarang Burung


Minggu lepas aweesh selalu tengok seekor burung asyik membuat sarang di atas pokok di depan rumah aweesh. Sarangnya rendah je setinggi 4 kaki atau 1.2 meter dari atas tanah. Pada pagi khamis 27feb09 aweesh tengok ada sebiji telor dalam sarang tu. kemudian tengahari dah jadi dua. Tak lama lagi nak menetas la. syoknya darweesh, tak lama lagi akan dapat kawan baru le. nantikan paparan terbaru aweesh tu nanti ye!!!



SELAMAT DATANG KE BLOG DARWEESH AHMAD NAZRI