Monday, March 9, 2009

Misteri...........

Pagi tadi (9mac09) aweesh pergi periksa sarang burung depan rumah aweesh tu. 2 hari aweesh ke Johor kerana kenduri Pak ngah Fadzli dan malam tadi baru sampai. Tengok-tengok 2 biji telor tu dah tak ada. rasa nak keluar air mata aweesh. aweesh cuba cari-cari kat tanah kalau-kalau jatuh ke. Tapi tak ada. Sedih aweesh sebab tak dapat nak tengok anak burung tu. Tak tahu lah aweesh, entah dah menetas dan mak dia dah bawa pindah ke tempat lain. Tapi tak nampak pula kulit2 telor yang menunjukkan ianya dah menetas. Mungkin belum menetas, tapi mak dia dah bawa telor tu ke tempat lain. tapi nak pindah macam mana. Mak dia bukan ada tangan macam aweesh nak bawa telor tu. Tak tahu lah aweesh. Dah jenuh aweesh memikirkannya. Mungkin juga ada binatang lain yang makan telor tu kut.... Entahlah....Punahlah harapan aweesh untuk nak lihat anak burung tu membesar dan bermain dengan mereka.

1 comment:

hilmy said...

Bila menetas aje, selalunya, anak burung tu ambil masa dalam seminggu untuk tumbuh bulu, buka mata dan terus terbang ikut mak dia... tak sempat nak main-main pun...

Satu lagi kenyataan, bila menetas aje, memang tak kelihatan lagi kulit telur tu... tak tahu ke mana menghilang. Uncle rasa mak dia makan kulit tu sampai bersih...

SELAMAT DATANG KE BLOG DARWEESH AHMAD NAZRI