Cuti sekolah panjang akhir tahun 2009, Aweesh melancong lagi. Kali ini destinasinya adalah JAKARTA PUNCAK dan BANDUNG. Percutian dari 18-22hb Disember ini adalah selama 5 hari 4 malam.Di Bandung tempat lawatan utama adalah ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu. Besar sungguh kawahnya, tak dapat Aweesh nak gambarkan. Kena datang dan tengok sendirilah yaa...
Di Bandung, Aweesh lihat ramai orang susah, kecil-kecil lagi dah kena cari duit. Dari situ Aweesh berasa amat beruntung. Dah lah tak perlu cari duit, dapat melawat ke negara orang lagi.
Di Jakarta bandarnya agak sibuk. Trafik jem di sana-sini. Di sana orang panggil MACET, maknanya jem. Teruk betul jemnya. Orang ramai sangat. Kenderaan pun macam-macam. Ada motor roda 3, macam TUK-TUK di Bangkok. Tapi di Jakarta ia di panggil BAJAI.
Satu tempat yang paling Aweesh suka adalah TAMAN SAFARI di Puncak. Banyak binatang-binatang liar di tempatkan di sana. Sepupu Aweesh yang bernama Hakkiem, baru berumur 1 tahun lebeh pun tersangat lah suka. Biasanya Hakkiem tak banyak mulut. Tapi semasa di taman ini Hakkiem menjadi seorang yang paling bising. Hingar-bingar jadinya 1 bas. Tengoklah gambar-gambar di atas, macam-macam binatang ada. Ada zebra, ziarafah, unta, seladang, harimau dan banyak lagi.Seperkara lagi yang Aweesh teruja adalah terdapatnya patung-patung gergasi cerita-cerita di TV seperti ULTRAMAN, DRAGON BALL, BATMAN, SUPERMAN, RAMBO, TARZAN dan lain-lain lagi. Patung-patung ini di pasang di depan kedai-kedai untuk menarik perhatian terutama kanak-kanak seperti Aweesh. Mungkin apabila kanak-kanak tertarik hati, ibubapa kanak-kanak tersebut akan masuk ke dalam kedai menuruti kehendak anak-anak mereka.
Mungkin tepat telahan Aweesh.
Akhir sekali, Aweesh merasa sangat seronok dapat datang ke sana. Nanti kalau Aweesh dah besar, dah kerja dan dah ada duit sendiri, Aweesh nak datang lagi nak tengok patung-patung ni tinggi mana dah. Tentu mereka pun akan membesar seperti Aweesh juga kan. Sekian.
































Masjid Quba' merupakan lokasi lawatan Aweesh. Masjid ini adalah masjid yang pertama di bina oleh Nabi ketika Baginda mula-mula sampai ke Madinah semasa HIJRAH. Nabi bersabda, barang siapa yang pergi ke masjid Quba' dari rumah (tempat tinggalnya) dalam keadaan berwuduk dan mendirikan sembahyang sunat 2 rakaat, maka pahalanya sama dengan pahala mengerjakan 1 umrah. Jadi pada hari itu dapatlah Aweesh pahala 1 umrah...insyaAllah.

Gambar kanan-Aweesh di atas bukit pemanah. Sekarang bukit tu dah jadi tempat orang jual aneka barang. Gambar bawah-Aweesh di ladang khurma. Pokok khurma macam pokok kelapa sawit di Malaysia. Dikatakan Nabi suka makan khurma Ajwa'. Sekilo harganya 60-100 riyal bergantung pada saiznya. Pokok khurma Ajwa' rendah-rendah belaka. Mungkin bayangan sifat Nabi yang sangat merendah diri.






Jabal Rahmah ni terletak dalam kawasan Padang Arafah. Kalau musim haji di sinilah kawasan orang berwukuf. Di kaki Jabal Rahmah terkenal dengan kawasan naiki unta. Cantik-cantik unta di hias. Sekali naik 5 riyal je. Aweesh dan kakak tak lepas peluang nak merasa bagaimana Nabi zaman dahulu menaiki unta di tengah padang pasir. Agak menakutkan semasa unta tu nak berdiri dan semasa nak duduk. Macam atas kapal TITANIC yang nak tenggelam.....terhoyong hayang.













