Sunday, June 21, 2009

BERCUTI@BEIJING

Tanggal 7hb hingga 12hb Jun 2009, Aweesh telah berada di sebuah bandar di sebuah negara di hemispiar utara dunia. Bandar tersebut adalah BEIJING.
Di Beijing pastinya tidak sah kalau kita tidak pergi memanjat Tembok Besar atau lebeh popular dengan nama GREAT WALL OF CHINA. Tinggi juga tembok yang dapat Aweesh naik hari tu, tak silap Aweesh sampai kota yang keempat. Aweesh, Along dan Angah berlumba-lumba naik sementara ibu, abah dan kakak dah pancit lebih awal. Indah sungguh pemandangan dari atas bukit tu. Rasa gayat pun ada juga.


Kawasan di mana Aweesh panjat tu, Aweesh dapat mengecam tempat berlangsung nya acara Amazing Race. Banyak ibu kunci yang terdapat di situ. Dalam jangkaan Aweesh, lebeh 1,000 kunci yang di pasang di situ. Patut lah susah sangat dia orang tu nak padankan dengan anak kuncinya.

Tempat menarik lain yang Aweesh lawati adalah sarang burung gergasi. Aweesh tengok sarang burung ni besar betul. Dulu masa burung buat sarang kat rumah Aweesh tu kecil aje. Ini burung gergasi mana buat sarang kat sini. Mungkin burung HELANG gergasi kat LANGKAWI tu kut yang datang kat Beijing
buat sarang. Jauh jugalah dia buat sarang tu. Inilah gambar Aweesh dan keluarga serta rombongan yang bersama Aweesh melawat Beijing. Yang lain-lain tu Aweesh panggil Atuk-atuk dan Nenek-nenek aje. Atuk yang Aweesh paling suka adalah Atuk Ramli yang gemuk pakai baju biru tu. Dia tinggal di
Changlung Kedah. Dia suka layan Aweesh. Tu sebab Aweesh suka dia. Yang ni pula, abah kata bangunan BUIH, tempat orang lawan sukan air masa Sukan Olimpik Beijing 2008. Takut Aweesh nak pergi dekat. Takut nanti kalau dinding nya pecah airnya timpa Aweesh, boleh lemas lah pula.
Nasib kami kurang baik, hari pertama lawatan dah hujan. Lebat dan seharian pula tu. Redah jugalah Medan Tiananmen dan Forbidden City walaupun hujan. Kalau tidak bila lagi nak tengok. Tak tahu bila lagi nak sampai Beijing. Mungkin 10 tahun lagi. Mungkin
" 20 tahun lagi. Mungkin juga ini kali pertama dan yang terakhir, siapa tahu.
" Kedamaian dan angin sepoi-sepoi bahasa amat mengkagumkan. Sang naga membelah tasik biru menyejukkan mata. Desiran ombak membuaikan telinga." Eh! betul ke puisi Aweesh ni? Sebenarnya begitu lah gambaran yang ingin Aweesh

gambarkan suasana di kawasan SummerPalace ni. Sungguh indah dan mengasyikkan. Inilah gambar Uncle Philip pemandu pelancong kami. Kesihan dia sorang-sorang angkat bendera. Dia pun belum kahwin lagi. Tapi jangan terkejut, kaya tu, ada apartment kat Beijing berharga 1juta yuan. Jangan main-main.


Mula-mula Aweesh tanya abah kenapa kita nak pergi tokong cina ni kalau nak sembahyang. Rupa-rupanya inilah Masjid di Beijing. Macam tokong cina rupanya. Uncle Philip beritahu abah orang islam kat Beijing ni ada 300,000 orang. Ramai lah
juga.
Bahagian dalam masjid lagi lah macam tokong cina. Warna merah pula tu. Kat dalam ni jam Bent 10 Awesh buat hal pulak, tu yang Aweesh belek-belek tu.
Ni, kami kat supermarket muslim. Macam-macam barang ada kat sini. Semuanya halal. Tapi tandasnya macam tempat lain lah juga, tak ada air. Itulah satu-satunya masalah kita kalau ke Beijing, masalah betul kalau nak buang air. Buat Angah dan Along, Aweesh nak ucapkan jutaan terima kasih kerana Aweesh banyak menyusahkan mereka kerana selalu nak buang air besar bila kat luar hotel. Jenuh lah mereka tolong angkut air kat Aweesh.Maaf ya
Angah, Along. Aweesh sedang amati betul-betul apa yang kakak cina ni buat. Jangan salah sangka, Aweesh tak hajat pun nak ngorat dia. Aweesh tengok dekat-dekat tu sebab Aweesh minat sangat dengan kerja-kerja halus tu. Aweesh memang minat kerja-kerja seni
ni. Dapat Aweesh naik atas belakang binatang ni pun jadilah. Abah kata nak beli mahal sangat, jadi Aweesh tunggang je lah binatang JADE ni. Aweesh buat ni pun sebab Aweesh ada tengok salah seorang Atuk tu pun ada naik binatang ni, jadi Aweesh pun

tirulah.
Ini adalah patung-patung pahlawan Terracotta yang mahsyur tu. Tapi kat sini replika je. Bukan asli. Tapi ada 3 lembaga tu pulak asli. Tapi bukan patung, manusia la. Tu la Aweesh, Angah dan Along.
Kalau di Mekah, Aweesh dapat kenalan entah dari Turki ke atau Mesir. Kat Beijing ni Aweesh jumpa kawan dari Rusia pula. Tapi dua-dua nya perempuan. Malu Aweesh nak kawan dengan mereka. Kakak je lah yang kawan mereka ya.
Inilah hotel yang kami tinggal semasa di Beijing, Shanshui Trend Hotel namanya. 3 bintang je. Tapi OK lah setakat nak tidur je. Sarapan pagi di hotel, kami hanya makan roti dan buah-buah je. Yang lain tak berani nak sentuh. Takut tak halal.
Inilah suasana dalaman hotel. OK, cantik dan baru. Cuma nya pintu tandas dan pintu bilik air berkongsi 1 pintu. Kalau guna bilik air melopong lah tandas. Dan sebaliknya guna tandas terlopong lah pulak bilik air. Tandas Fesyen baru kut. Belum ada kat Malaysia. Abah kata kalau hotel macam ni kat
Malaysia pasti tak laku, tak ada orang nak sewa. Makanan halal di Beijing tak ada masalah. Di segala ceruk tempat, ada dan senang. Lauk di Beijing lebeh kepada sayur-sayuran. Tu sebabnya orang-orang di Beijing kurus-kurus belaka, tak macam orang Malaysia, gemuk gemuk. Hehehe..... Atuk Ramli jangan
marah.....gurau je. Akhir sekali inilah perkara yang paling Aweesh suka selain daripada tembok besar. Keretapi laju bullet train. Cuma 30 minit je dari Tianjin ke Beijing dengan kelajuan 326 km/jam dan jaraknya 150 km.

HELLOOOO..........BEIJINGGGG..... BILAKAH BOLEH AWEESH DATANG LAGIIIII?????......

No comments:

SELAMAT DATANG KE BLOG DARWEESH AHMAD NAZRI