Seorang lagi kawan ibu yang sempat kami ziarahi adalah Makcik Siti yang tinggal di Anak Bukit Kedah. Makcik Siti ni masih bekerja di Yellow Pages tapi telah di pindahkan ke cawangan Pulau Pinang. Beliau berulang alik setiap hari agak jauh iaitu dari Anak Bukit, Alor Setar ke Pulau Pinang. Anaknya pun 3 orang, tapi 2 perempuan dan 1 lelaki. Terbalik dengan Makcik Shakila tadi. Kebetulan semasa kunjungan kami hari tu, anak lelakinya baru sehari lepas berkhatan. Di rumahnya Aweesh dapat bermain gasing. Tapi Aweesh tak pandai sangat lagi. Masih kena berlatih kuat lagi. Banyak lah gosip-gosip yang dibincangkan antara ibu dengan Makcik Siti. Al-maklumlah Makcik Siti ni kawan baik ibu dulu semasa di Yellow Pages dan mereka pun dah lama tak berjumpa. Hentam saja lah ibu asalkan ibu bahagia.
Kepada kedua-dua kawan ibu tu bila nak buat lawatan balas? Datanglah ke KL bila-bila ada kelapangan. Buat diri Aweesh seronok dapat berkunjung ke Utara Malaysia. Bulan November 2008 yang lalu, Aweesh berkunjung ke Pantai Timur. Bulan Mac lepas pula, Aweesh ke Johor, Selatan Tanahair sempena kenduri Pakcik Fadzli kahwin. Aweesh berhasrat nak ke Malaysia Timur pula nanti. Mungkin akan ke Sabah jika ada rezeki... InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment